Bagaimana nak buat penyapu lidi kelapa?

Bagaimana nak buat penyapu lidi kelapa.

Disini pakteh nak tunjukkan cara-cara nak buat penyapu lidi. Biasanya orang akan buat penyapu lidi bila ada kelapangan masa atau tak ada apa nak buat. Nak hilangkan boring tu, boleh je buat penyapu lidi.

1. Kerat pelepah kelapa yang masih hijau, bukan pelepah yg kering ye.. :)
2. Kemudian pisahkan helaian daun dan pelepah.
3. Menggunakan pisau, buangkan daun dan lidi dengan berhati-hati, jika tidak lidi akan putus terkena mata pisau.
4. Ulang proses meraut lidi hingga habis.
5. Ta...daa.... dah siap pun.

Mudah dan menjimatkan duit utk beli penyapu.

Proses membuat Ikan Sepat Kering

Bagaimana Proses membuat ikan sepat kering.

Mula-mula, pastikan anda mempunyai ikan sepat. Bagaimana nak dapatkan ikan sepat? Ada pelbagai cara untuk menangkap ikan sepat. Antaranya:
a. Menggunakan Jala.
b. Menahan Bubu Dawai.
c. Menggunakan Pukat.
d. Memancing.
e. Menangkoi.
f. dan banyak lagi.

Pakteh menggunakan kaedah bubu dawai untuk menangkap ikan sepat.

 1. Ikan sepat perlu disiang.
2. Buangkan sisik ikan sepat hingga bersih.
3. Cuci beberapa kali sehingga tiada kesan darah yg tinggal.
4. Masukkan garam secukup rasa, kalau nak masin maka lebihkan garam.
5. Perap ikan lebih kurang 5 jam dalam peti sejuk.
6. Cuci sekali lagi dan kemudian bolehlah dijemur ditengah panas.
7. Ikan sepat mengambil masa 2 hari utk kering bergantung pada cuaca.